GAMBAR hiasan. FOTO Agensi.
GAMBAR hiasan. FOTO Agensi.
AFP

Oslo: Lelaki maut selepas diserang seekor beruang kutub di Kepulauan Svalbard Norway di kutub utara.

Serangan maut keenam dalam tempoh 50 tahun di wilayah itu berlaku di kawasan perkhemahan berhampiran bandar utama Longyearbyen terletak 1,300 kilometer dari kutub utara.

Lelaki yang tidak disebut namanya meninggal dunia akibat parah dalam serangan itu, kata pejabat gabenor tempatan dalam satu kenyataan.

Orang awam kemudian melepaskan tembakan ke arah beruang itu, yang kemudian ditemui mati di tempat letak kereta di lapangan terbang tempatan.

Di Svalbard yang juga dikenali sebagai Spitzberg, orang awam disarankan membawa senjata ketika berada di luar kawasan bandar.

Berdasarkan statistik 2015, kawasan itu mempunyai 1,000 beruang kutub, spesies yang dilindungi sejak 1973.

Hingga kini, lima serangan maut akibat beruang kutub direkodkan sejak 1971.

Terbaru pada 2011 apabila seekor beruang menyerang sekumpulan 14 pelajar sekolah British yang sedang berkhemah.

Seorang pelajar Britain berusia 17 tahun terbunuh dan empat yang lain cedera dalam kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2020 @ 4:06 PM