ORANG ramai memakai penutup mulut dan hidung di Manhattan, New York. FOTO Reuters
ORANG ramai memakai penutup mulut dan hidung di Manhattan, New York. FOTO Reuters
AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merekodkan jumlah kes koronavirus baharu Covid-19) tertinggi di dunia.

Terdapat lebih 83,000 kes dilaporkan sekali gus mengatasi Itali dan China.

Itali masih negara dengan jumlah kematian tertinggi, manakala China adalah negara pertama yang melaporkan kes Covid-19.

AS kini merekodkan 1,178 kematian akibat wabak berkenaan.

Secara keseluruhan, Covid-19 sudah menyebabkan 23,293 kematian di seluruh dunia.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2020 @ 11:07 AM