LAMAN web coronavirusmedicalkit.com mendakwa menjual vaksin Covid-19 walaupun sebenarnya ia tidak wujud.
LAMAN web coronavirusmedicalkit.com mendakwa menjual vaksin Covid-19 walaupun sebenarnya ia tidak wujud.
AFP

WASHINGTON: Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) telah menutup satu laman web yang mendakwa menawarkan vaksin koronavirus.

Tindakan undang-undang telah diambil terhadap coronavirusmedicalkit.com yang mendakwa menjual vaksin Covid-19 walaupun sebenarnya ia tidak wujud.

Hakim Mahkamah Persekutuan Texas mengarahkan laman web berkenaan ditutup bagaimanapun, sehingga semalam, laman utamanya masih boleh diakses.

Berdasarkan kenyataan yang tertera di laman berkenaan ia antara lain menyatakan : “Berikutan wabak Covid-19 yang berlaku ketika ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan memberikan kit vaksin. Hanya perlu bayar AS$4.95 untuk penghantaran.”

Ia kemudiannya diikuti ruangan untuk meninggalkan maklumat bank bagi pembayaran kos penghantaran.

Jabatan Keadilan bagaimanapun tidak menyatakan jumlah mangsa penipuan berkenaan namun, siasatan lanjut masih dijalankan.

Sehingga kini, 33,000 individu dijangkiti virus berkenaan di Amerika Syarikat dengan 416 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2020 @ 3:31 PM