SEORANG mangsa kanak-kanak diselamatkan dari runtuhan hotel berkenaan. China Daily/ Reuters
SEORANG mangsa kanak-kanak diselamatkan dari runtuhan hotel berkenaan. China Daily/ Reuters
AFP

BEIJING: Angka korban kejadian hotel pusat kuarantin bagi individu terdedah koronavirus baharu (Covid-19) yang runtuh di Quanzhou, meningkat kepada 20 orang.

Pihak berkuasa berkata, 10 lagi mangsa dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan bangunan berkenaan.

Kementerian Pengurusan Kecemasan dalam satu sidang media berkata, 41 individu terselamat tetapi mengalami kecederaan.

Akhbar Quanzhou Evening News melaporkan bahawa hotel berkenaan dijadikan pusat kuarantin bagi menempatkan individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke wilayah lain di China yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Bandar Quanzhou merekodkan 47 kes wabak berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2020 @ 12:46 PM