BUAYA terbabit. FOTO Reuters
BUAYA terbabit. FOTO Reuters
Agensi

Palu: Pihak berkuasa membatalkan pertandingan yang menawarkan ganjaran wang tunai kepada sesiapa yang berani mengeluarkan tayar motosikal tersangkut di leher seekor buaya.

Ia selepas tidak ada pencabar yang berani memasuki pertandingan itu untuk mengeluarkan ‘kalungan tayar’ dari leher reptilia sepanjang empat meter itu.

Pertandingan itu dilancarkan bulan lalu tetapi menjadi perbualan hangat apabila ganjaran wang tunai yang tidak diketahui itu ditawarkan.

Agensi konservasi setempat menawarkan beberapa butiran mengenai ganjaran atau bagaimana orang luar boleh melakukan tugas berbahaya itu.

Pemuliharaan konservatif yang bimbang buaya itu tercekik secara perlahan-lahan cuba dan gagal selama bertahun-tahun untuk mencari cara untuk membuang tayar berkenaan.

Pegawai berkata, pasukan dari kementerian alam sekitar kini menggandakan usaha membebaskan buaya itu daripada tayar.

“Pertandingan itu dibatalkan,” kata Ketua Agensi Pemuliharaan Sumber Alam Sulawesi Tengah, Hasmuni Hasmar.

Reptilia berukuran empat meter itu mula dikesan berenang dengan tayar tersangkut pada lehernya pada 2016.

Pada 2018, seorang penjinak haiwan, Muhammad Panji atau lebih dikenali sebagai Panji Petualang cuba menyelamatkan haiwan pemangsa itu namun tidak berjaya.

Pihaknya juga sudah bekerjasama dengan organisasi dari Australia untuk tujuan itu tetapi gagal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Februari 2020 @ 4:34 PM