ANTARA kawasan dilanda banjir di Dubai dikongsi di media sosial. FOTO Reuters
ANTARA kawasan dilanda banjir di Dubai dikongsi di media sosial. FOTO Reuters
Reuters

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Dubai International, antara lapangan terbang paling sibuk di dunia, membatalkan, melencongkan dan menangguhkan beberapa penerbangan, hari ini berikutan hujan lebat dan banjir.

Beberapa penerbangan mungkin ditangguhkan sepanjang hari dan ada yang sudah dibatalkan atau dilencongkan ke lapangan terbang Al Maktoum yang berhampiran, kata Dubai Airports menerusi Twitter.

Rakaman video dan gambar di media sosial menunjukkan sebahagian daripada kawasan landasan lapangan terbang itu dilanda banjir. Bagaimanapun, Reuters tidak dapat mengesahkan kesahihan rakaman itu.

Lapangan terbang Dubai adalah pangkalan syarikat penerbangan Emirates dan Flydubai.

Sementara itu, Emirates berkata, beberapa penerbangan ke dan dari Dubai ditangguhkan manakala Flydubai berkata, penerbangannya juga tertangguh, sementara ada yang dilencongkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 January 2020 @ 10:01 PM