KEADAAN cuaca dan langit di Melbourne. FOTO AFP
KEADAAN cuaca dan langit di Melbourne. FOTO AFP
Reuters

Melbourne: Asap susulan kebakaran hutan di timur Australia kini menyebabkan langit Auckland, New Zealand bertukar jingga.

Asap kesan jerebu itu mula dikesan merentasi New Zealand dan cahaya matahari mula bertukar kemerahan dan keemasan bergantung tahap jerebu.

Asap dari Australia ini bergerak sejauh 2,000 kilometer dan jerebu itu boleh dilihat dengan jelas.

Polis tempatan meminta penduduk untuk berhenti menghubungi panggilan kecemasan negara untuk melaporkan isu itu.

  Zimena Dormer-Didovich memberitahu Reuters, tindakan itu menyusahkan dan dirasakan teruk.

  "Kami berada di Auckland, New Zealand sebab itu sangat mengejutkan kami yang berada jauh, tetapi asap ini begitu tebal.

  "Anak saya berusia 14 tahun menghidap asma sedang bermain dan saya mula melihat pernafasannya sedikit terjejas.

   Kebakaran hutan di Australia membunuh 24 orang dan memusnahkan lebih daripada 1,500 rumah sejak September lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 January 2020 @ 4:18 PM