PANDANGAN udara pulau Satsumaio, Jepun. FOTO AFP
PANDANGAN udara pulau Satsumaio, Jepun. FOTO AFP
Reuters

TOKYO: Sebuah gunung berapi di pulau Satsumaio yang terletak di wilayah Kagoshima, tenggara Jepun meletus pada petang tadi.

Agensi Meteorologi Jepun dalam satu kenyataan berkata letusan berlaku pada jam 5.35 petang waktu tempatan.

Setakat ini, pihak berkuasa belum menerima laporan kerosakan di pulau yang tidak mempunyai ramai penduduk itu.

Agensi itu menasihati orang ramai supaya mengelak dari berkunjung ke kawasan berkenaan dan mengeluarkan amaran tahap dua.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 November 2019 @ 7:09 PM