GUNUNG Otake. FOTO Agensi
GUNUNG Otake. FOTO Agensi
BERNAMA

Tokyo: Gunung berapi di barat daya Jepun meletus pada awal Jumaat, menyebabkan Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran tahap tiga.

Menurut JMA, letusan di kawah Gunung Otake di Pulau Suwanose di wilayah Kagoshima itu, mengakibatkan kepingan batu pecah dan tersebar pada jarak satu kilometer (km).

JMA turut memberi amaran mengenai kemungkinan batu besar melayang ke udara dalam radius kira-kira dua km dari kawah, lapor Agensi Anadolu.

Setakat ini tiada laporan mengenai korban atau kecederaan.

Amaran tahap tiga bermakna orang ramai tidak dibenarkan berada berhampiran dengan gunung berapi berkenaan.

Tahap amaran paling tinggi ialah pada skala lima.

Pulau Suwanose mempunyai penduduk kurang 100 orang dan terletak di sebelah selatan pulau Kyushu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 September 2021 @ 2:02 PM