BANJIR berlaku di timur Arab Saudi. FOTO: AFP
BANJIR berlaku di timur Arab Saudi. FOTO: AFP
AFP

RIYADH: Seramai tujuh orang terbunuh dan 11 lagi cedera dalam banjir akibat hujan lebat di timur Arab Saudi, lapor stesen televisyen Al-Ekhbariya pada hari ini.

Perkhidmatan kecemasan di bandar Hafer al-Batin yang terletak kira-kira 100 kilometer dari barat daya Kuwait melaporkan 16 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka.

Tujuh penduduk terjejas ditempatkan di pusat pemindahan.

Cuaca buruk menyebabkan sekolah di bandar itu ditutup pada hari ini.

Pada Januari lalu, seramai 12 orang terbunuh dalam banjir di negara itu dengan 10 daripadanya di bandar Tabuk.

Dua lagi mangsa maut banjir di Medina dan kawasan sempadan utara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Oktober 2019 @ 8:35 PM