ASIM Umar
ASIM Umar
AFP

KABUL: Pemimpin Al-Qaeda cawangan Asia Selatan disahkan maut dalam

serangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Afghanistan di selatan negara itu, bulan lalu.

AFP melaporkan, Asim Umar yang mengetuai kumpulan itu di benua kecil India (AQIS) sejak diwujudkan pada 2014, maut ketika serangan pada 23 September di kawasan Taliban di daerah Musa Qala, wilayah Helmand.

Menurut Direktorat Keselamatan Negara, pemimpin itu adalah rakyat Pakistan walaupun terdapat beberapa dakwaan mengatakan dia dilahirkan di India.

“Dia terbunuh bersama enam lagi anggota AQIS yang kebanyakannya terdiri daripada warga Pakistan,” kata direktorat itu di akaun Twitter.

Pihak berkuasa berkata, mereka akan menyiasat laporan bahawa terdapat 40 orang awam termasuk kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara ketika operasi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Oktober 2019 @ 11:50 PM