PENCIPTA robot terbabit melakukan penyelidikan terhadap 38 peserta dan setiap mereka melalui penilaian psikologi sebelum dan selepas menggunakannya. FOTO Mail Online
PENCIPTA robot terbabit melakukan penyelidikan terhadap 38 peserta dan setiap mereka melalui penilaian psikologi sebelum dan selepas menggunakannya. FOTO Mail Online
Agensi

TOKYO: Sebuah syarikat kejuruteraan Jepun mencipta robot kucing tanpa kepala, Qooboo untuk menenangkan pemiliknya.

Robot seperti bantal itu bertindak balas terhadap sentuhan dengan menggoyangkan ekornya yang berupaya meniru gerakan keanjalan dan elegan haiwan.

Memetik laporan Daily Mail, robot ciptaan Yukai Engineering itu didapati berkesan untuk melegakan kebimbangan, kemurungan dan keletihan.

HASIL penyelidikan menunjukkan robot itu mengurangkan tekanan, kebimbangan, kemurungan, keletihan dan sikap kurang minat. FOTO Mail Online
HASIL penyelidikan menunjukkan robot itu mengurangkan tekanan, kebimbangan, kemurungan, keletihan dan sikap kurang minat. FOTO Mail Online

“Apabila dibelai, robot itu menggoyangkan ekornya. Ia bentuk komunikasi yang boleh menghiburkan hati seperti haiwan,” jelas Yukai Engineering dalam kenyataannya.

Peranti itu dihasilkan menerusi kempen Kickstarter yang berjaya mengumpul dana sebanyak 12.3 juta yen (RM503,160).

Syarikat berkenaan sudah menghantar lebih 900 unit kepada penyokong kempen itu dan berjaya menjual lebih 10,000 unit pada pameran perdagangan Berlin baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 September 2019 @ 11:43 PM