FERNANDO Azevedo e Silva
FERNANDO Azevedo e Silva
AFP

BRASILIA: Kerajaan Brazil menahan 63 orang serta mengenakan denda mencecah AS$ 8.7 juta (RM36.3 juta) selepas tentera dikerah memadam kebakaran besar di hutan hujan Amazon baru-baru ini, kata menteri pertahanan, Fernando Azevedo e Silva.

AFP melaporkan, pengumuman itu dibuat sebaik Presidennya, Jair Bolsonaro tiba di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pemimpin itu sebelum ini menegaskan akan mempertahankan kedaulatan Brazil selepas kebakaran besar terbabit mencetuskan kritikan seluruh dunia.

Dia pada Ogos lalu mengarahkan pasukan tentera dihantar ke hutan terbabit menerusi satu operasi yang dilanjutkan hingga 24 Oktober.

Azevedo berkata, ia membabitkan sebanyak 571 operasi di darat dan 250 di udara oleh pasukan tentera dalam usaha memadam kebakaran.

Berdasarkan kajian Institut Kajian Antarabangsa Kebangsaan Brazil (INPE) Brazil, sebanyak 30,901 kebakaran direkodkan di Amazon dan jumlahnya meningkat tiga kali ganda berbanding 10,421 yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 September 2019 @ 11:30 AM