GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Reuters

HONG KONG: Aktivis pro-demokrasi Hong Kong merancang untuk berkumpul di pusat beli-belah dan mengadakan perhimpunan pelajar pada hari ini. 

Pembantah turut merancang untuk berhimpun di luar Konsulat British esok bagi menuntut China menghormati perjanjian pada 1984. 

Perhimpunan itu selepas pembantah membentuk rantai manusia sambil membawa tanglung di kawasan bukit semalam. 

Meskipun rang undang-undang sudah dibatalkan, ramai pembantah muda marah kerana kos kehidupan tinggi di bandar itu serta kekurangan prospek pekerjaan. 

Demonstrasi tercetus pada Jun lalu sebagai tindak balas terhadap rang undang-undang yang membolehkan pesalah dihantar ke China untuk dibicarakan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 September 2019 @ 12:38 PM