PETER Fonda, yang pernah membintangi filem klasik ‘Easy Rider’ pada 1969, meninggal dunia pada usia 79 tahun. FOTO AFP
PETER Fonda, yang pernah membintangi filem klasik ‘Easy Rider’ pada 1969, meninggal dunia pada usia 79 tahun. FOTO AFP
AFP

LOS ANGELES: Pelakon veteran Amerika Syarikat (AS), Peter Fonda, yang pernah membintangi filem klasik ‘Easy Rider’ pada 1969, meninggal dunia pada usia 79 tahun akibat masalah respiratori kesan daripada kanser paru-paru, kata keluarganya.

Fonda adik kepada aktres dan aktivis Jane Fonda, meninggal dunia di kediamannya di Los Angeles, kata satu kenyataan kepada AFP.

Fonda memulakan kerjayanya sebagai pelakon di pentas Broadway di New York.

Mendiang turut menulis skrip dan menerbitkan ‘Easy Rider’ serta bergandingan dengan aktor ternama lain seperti Dennis Hopper dan Jack Nicholson.

Filem ini berjaya sehingga menerima pencalonan Lakon Layar Terbaik, Anugerah Akademi. Fonda turut dicalonkan sebagai Aktor Terbaik dalam Anugerah Oscar pada 1997 menerusi filem ‘Ulee’s Gold’ namun tewas kepada Nicholson.

Pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunyai dua anak termasuk aktres Bridget Fonda.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Ogos 2019 @ 12:05 PM