JIMMY de Frenne dari Belgium duduk di tandas di sebuah kafe dalam cubaan memasuki Guinness Book of Records untuk rekod baru  duduk di tandas untuk masa yang paling lama, di Ostend, Belgium. FOTO Agensi
JIMMY de Frenne dari Belgium duduk di tandas di sebuah kafe dalam cubaan memasuki Guinness Book of Records untuk rekod baru duduk di tandas untuk masa yang paling lama, di Ostend, Belgium. FOTO Agensi
Agensi

BRUSSELS: Seorang pelatih pemandu bas di Belgium sanggup duduk di atas mangkuk tandas selama lima hari dengan harapan dapat mencipta rekod dunia.

Pada asalnya, Jimmy De Frenne, 48, mencabar diri untuk duduk selama 165 jam di atas tandas sebuah bar di Ostend, namun menyerah kalah pagi kelmarin selepas 116 jam.

Menurut Gulf News, tandas itu tidak berfungsi dan diletakkan dalam bar berkenaan khas untuk De Frenne melakukan cabarannya.

Bar itu beroperasi sepanjang tempoh berkenaan bagi membolehkan keluarga dan rakan De Frenne melawatnya.

Dia dibenarkan berehat selama lima minit setiap jam, termasuk ke tandas.

Lelaki itu mengakui cabaran terbabit amat memenatkan dan berkata ada individu lain pernah membuat cabaran sama selama 100 jam.

De Frenne berkata, Rekod Dunia Guinness menyedari pencapaian itu dan pegawai tempatan bersama saksi kini membuat pemeriksaan untuk mengesahkan rekod itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2019 @ 2:03 PM