PUTERA Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman. FOTO Agensi.
PUTERA Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman. FOTO Agensi.
AFP

RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman menuduh Iran menyerang dua tangki minyak di laluan kapal Teluk dan memberi amaran tidak akan teragak-agak bertindak menangani sebarang ancaman terhadap negara itu.

"Rejim Iran tidak menghormati kehadiran Perdana Menteri Jepun sebagai tetamu di Tehran dan membalas usaha diplomatik beliau dengan menyerang dua tangki minyak dengan salah satu daripadanya milik Jepun.

“Kami tidak mahu peperangan di rantau ini, namun tidak akan teragak-agak untuk menangani sebarang ancaman terhadap rakyat, kedaulatan, maruah wilayah dan kepentingan negara,” kata putera itu kepada akhbar Asharq Al Awsat.

Dua serangan itu berlaku di Teluk Oman, Khamis lalu dan menyebabkan harga minyak melonjak naik selain mengeruhkan lagi hubungan Amerika Syarikat dan Iran.

Arab Saudi adalah sekutu rapat Amerika Syarikat dan bermusuh dengan Iran sejak sekian lama.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2019 @ 11:15 AM