23 terbunuh dan 16 cedera parah selepas tayar bas mini meletup, sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh lori. FOTO Agensi
23 terbunuh dan 16 cedera parah selepas tayar bas mini meletup, sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh lori. FOTO Agensi
AFP

BAMAKO: Sekurang-kurangnya 23 penumpang terbunuh dan 16 lagi cedera parah selepas sebuah bas mini yang sarat dengan penumpang bertembung dengan sebuah lori pasir di Mali, semalam.

“Satu kemalangan membabitkan sebuah bas mini dan lori membawa pasir di lokasi yang terletak kira-kira 50 kilometer di timur Bamako.

“Setakat ini, 23 mangsa disahkan maut dan 16 lagi mengalami kecederaan parah.

“Hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku selepas tayar bas mini itu meletup, sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh lori terbabit.

“Kemalangan itu disifatkan amat dahsyat,” kata kerajaan dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, kerajaan turut menyatakan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga mereka.

Mereka turut mengingatkan syarikat pengendali pengangkutan supaya mematuhi peraturan jalan raya, selain memastikan kenderaan mereka diselenggara dengan baik.

“Kejadian rempuhan itu amat kuat mengakibatkan bas mini itu musnah sama sekali, malah beberapa mangsa yang kini dirawat di hospital berada dalam keadaan amat kritikal,” kakitangan Palang Merah Mali, Oumar Sylla.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mei 2019 @ 10:43 AM