GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

BAMAKO: Sekurang-kurangnya 16 tentera dilaporkan terkorban dalam serangan bersenjata di markas tentera Dioura di Mopti, hari ini.

Reuters yang memetik jurucakap tentera Mali, Kolonel Diarran Kone mengesahkan kematian itu dan lima kenderaan milik tentera turut musnah.

"Saya sekarang berada di lokasi kejadian dan setakat ini, seramai 16 anggota ditemui mati,” katanya yang enggan memberi komen lanjut mengenai kejadian itu.

Menurut AFP, serangan itu berlaku awal pagi tadi dan jumlah kematian dijangka meningkat berikutan ramai anggota maut dan ada masih hilang.

Kumpulan penyerang bersenjata api itu menceroboh kem yang terletak di rantau Mopti itu dengan kereta dan motosikal.

Sejak beberapa tahun lalu, sentral Mali kerap diserang kumpulan pejuang jihad yang berkaitan dengan al-Qaeda.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mac 2019 @ 9:56 PM