KEADAAN kren yang tumbang dan menghempap enam kenderaan. -Foto Reuters
KEADAAN kren yang tumbang dan menghempap enam kenderaan. -Foto Reuters
AFP

SAN FRANCISCO: Empat orang maut manakala empat lagi cedera apabila sebuah kren tumbang dari bangunan di Seattle, petang semalam

Bomba dalam satu kenyataan berkata, kren itu tumbang dari bumbung sebuah bangunan berhampiran Lake Union dan menghempap enam kenderaan.

Kemalangan itu menyebabkan tiga lelaki dan seorang wanita maut, lapor AFP.

Dua mangsa adalah pengendali kren itu, manakala mangsa lain maut ketika berada dalam kereta.

Mangsa cedera yang termasuk bayi perempuan berusia empat bulan dihantar ke hospital untuk rawatan dan kecederaan mereka bukan serius.

Berdasarkan laporan The Seattle Times, kren itu digunakan di tapak pembinaan kampus baru Google.

“Punca kren itu terjatuh kini disiasat Jabatan Buruh dan Industri Washington,” kata jurucakap bomba.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2019 @ 11:51 AM