GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

LONDON: Nahas Pesawat Boeing 737 Max milik Ethiopian Airlines yang terhempas dan membunuh semua 157 penumpang pada bulan lalu dipercayai berpunca akibat melanggar objek asing atau burung ketika berlepas, lapor media semalam.

ABC News yang memetik sumber siasatan nahas itu sebagai berkata, pelanggaran itu merosakkan sensor sudut serangan menyebabkan data yang diterima juruterbang adalah tidak tepat.

Juruterbang kemudiannya mematikan perisian antipegun dikenali sebagai MCAS tetapi ia aktif semula dan menjunamkan pesawat malang itu.

Menurut sumber itu lagi, juruterbang cuba menaikkan pesawat secara manual tetapi hilang kawalan menyebabkan kapal terbang itu terhempas.

Nahas itu adalah yang kedua membabitkan pesawat baru Boeing 737 Max dalam tempoh beberapa bulan menyebabkan beberapa negara menggantung operasi kapal terbang berkenaan.

Laporan siasatan rasmi awal nahas itu dijangka dikeluarkan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 April 2019 @ 11:55 AM