PENUNJUK perasaan jaket kuning berhimpun dalam demonstrasi. - Foto AGENSI
PENUNJUK perasaan jaket kuning berhimpun dalam demonstrasi. - Foto AGENSI
AFP

MARSEILLE: Penunjuk perasaan jaket kuning menggunakan ‘senjata baru’ dalam demonstrasi jalanan bagi minggu ke-16 berturut-turut, apabila bertindak membaling bom najis ke arah beberapa anggota polis.

AFP yang memetik jurucakap polis di selatan bandar Marseille, Perancis, Rudy Manna berkata, beberapa beg berisi najis meletup selepas dibaling kepada anggota polis hingga menyebabkan salah seorangnya cedera.

Katanya, pergerakan itu menggunakan media sosial untuk memberi arahan

kepada penunjuk perasaan supaya membawa ‘Caca-tovs’ iaitu bom molotov cocktail yang diisi dengan ‘caca’ atau najis dalam demonstrasi itu.

“Pasukan polis amat malu dengan kejadian ini,” katanya.

Demonstrasi jalanan yang diadakan sejak November lalu itu disertai oleh hampir 40,000 penunjuk perasaan.

Sehingga kini, terdapat 11 orang dilaporkan mati dalam demonstrasi itu yang berpunca daripada kemarahan orang ramai terhadap kenaikan cukai petrol dan Presidennya, Emmanuel Macron.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mac 2019 @ 9:04 PM