AFP

GEMPA bumi 6.1 magnitud melanda Papua, timur Indonesia, hari ini, kata pakar seismologi AS, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Menurut Peninjau Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu berlaku di kawasan yang terlatak kira-kira 158 kilometer di selatan barat daya ibu negara Jayapura pada jam 6.42 petang pada kedalaman 61 kilometer.

Jurucakap tentera berkata, gegaran dapat dirasakan di Jayapura, namun penduduk tidak panik.

“Saya rasa gegaran di rumah,” kata jurucakap tentera Papua di Jayapura, Dax Sianturi.

Pihak berkuasa masih menentukan kesan gempa bumi itu, namun tiada laporan kecederaan, setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Disember 2018 @ 9:47 PM