GEMPA berpusat pada kedalaman 534 kilometer dan sejauh 283 kilometer di timur ibu kota ini, di mana penduduk berkata, mereka tidak merasai sebarang gegaran. -Foto/Agensi
GEMPA berpusat pada kedalaman 534 kilometer dan sejauh 283 kilometer di timur ibu kota ini, di mana penduduk berkata, mereka tidak merasai sebarang gegaran. -Foto/Agensi
AFP

SUVA: Satu gempa bumi magnitud 6.7 menggegarkan luar pantai Fiji hari ini, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), namun ia terlalu dalam untuk mencetuskan sebarang kerosakan.

Gempa itu berpusat pada kedalaman 534 kilometer dan sejauh 283 kilometer di timur ibu kota ini, di mana penduduk berkata, mereka tidak merasai sebarang gegaran.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, tiada ancaman tsunami susulan gempa itu yang berlaku jam 9.25 pagi waktu tempatan.

Kawasan itu sering mengalami gempa bumi jauh di dasar laut dan dilanda gempa magnitud 7.8 dua bulan lalu.

Fiji terletak dalam ‘Lingkaran Api Pasifik’, zon aktiviti tektonik di sekitar Pasifik yang kerap berlaku gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 November 2018 @ 12:07 PM