MYUNG-bak berdepan tuduhan rasuah, salah guna kuasa, penggelapan wang dan aktiviti mengelak cukai. FOTO/AGENSI
MYUNG-bak berdepan tuduhan rasuah, salah guna kuasa, penggelapan wang dan aktiviti mengelak cukai. FOTO/AGENSI
AFP

SEOUL: Pendakwa raya memohon hukuman penjara 20 tahun terhadap bekas Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak dalam perkembangan terbaharu bekas pemimpin negara itu terbabit dengan kes jenayah.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berusia 76 tahun itu berkhidmat mulai 2008 hingga 2013, beliau berdepan pelbagai tuduhan termasuk rasuah, salah guna kuasa, penggelapan wang dan aktiviti mengelak cukai.

Pendakwa raya di mahkamah Seoul turut menuntut beliau membayar sejumlah 26.1 bilion won (RM107.99 juta) dalam bentuk denda dan sebagai bayaran semula wang diambil.

Kes terhadap Lee bermaksud semua empat bekas Presiden Korea Selatan yang masih hidup sama ada dituduh atau didapati bersalah atas pelbagai tuduhan jenayah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 September 2018 @ 9:17 PM