Pendakwaraya Dong-hoon (kiri) membacakan tuduhan terhadap Myung-bak membabitkan rasuah, salah guna kuasa dan mengambil dana kerajaan. FOTO EPA-EFE
Pendakwaraya Dong-hoon (kiri) membacakan tuduhan terhadap Myung-bak membabitkan rasuah, salah guna kuasa dan mengambil dana kerajaan. FOTO EPA-EFE
AFP

Seoul: Bekas Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak didakwa atas tuduhan rasuah hari ini dan bekas pemimpin terbaru negara itu berdepan tuduhan jenayah.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai bekas Ketua Pegawai eksekutif syarikat itu didakwa atas tuduhan rasuah, salah guna kuasa, mengambil dana kerajaan dan mengelak cukai, kata pendakwa raya dalam kenyataan.

Pertuduhan itu dikemukakan beberapa hari selepas pengganti Lee, Park Geun-hye dihukum penjara 24 tahun juga kerana rasuah.

“Kami akan mengumpul hasil aktiviti jenayah Lee yang diraih menerusi cara yang salah dengan teliti,” kata Pendakwa raya Han Dong-hoon.

Lee ditahan akhir bulan lalu, namun enggan disoal siasat pendakwa raya dan menafikan sebarang salah laku dengan menyifatkan siasatan itu sebagai tindakan balas dendam politik.

Dia berdepan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan, lapor agensi berita Yonhap.

Perbicaraan dijangka bermula bulan depan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 April 2018 @ 5:02 PM