TRUMP menerima bola daripada Putin. Foto EPA
TRUMP menerima bola daripada Putin. Foto EPA
Agensi

BOLA berwarna merah dan putih yang diberikan oleh Presiden Vladimir Putin kepada Presiden Donald Trump sebagai hadiah turut tidak terkecuali daripada menjalani imbasan keselamatan rutin.

Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat berkata, ia adalah perkara biasa bagi semua hadiah yang diberikan kepada presiden.

Pada sidang akhbar bersama selepas bertemu minggu ini di Finland, Putin menggunakan metafora bola dan menyerahkan bola yang dilemparkan beliau kepada Trump.

Trump berkata, beliau akan menyerahkan bola berkenaan kepada anak lelakinya, Baron, 12, yang juga peminat bola sepak.

Senator Republican, Lindsey Graham, juga pengkritik tegar Putin, menulis dalam Twitter selepas pertukaran itu bahawa bola berkenaan diperiksa untuk memastikan ia bebas daripada alat curi dengar dan tidak akan membenarkan ia berada dalam Rumah Putih.

Pengarah Perisikan Kebangsaan, Dan Coats, memberitahu persidangan keselamatan, beliau pasti bola itu sudah diperiksa dengan teliti.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Julai 2018 @ 4:29 PM