TANGKAP layar daripada klip video tular menunjukkan Calvin Bahr tidak berpakaian ketika menghadiri mesyuarat secara dalam talian.
TANGKAP layar daripada klip video tular menunjukkan Calvin Bahr tidak berpakaian ketika menghadiri mesyuarat secara dalam talian.
Agensi

Washington: Tidak profesional dan memalukan apabila seorang Senator Minnesota tidak berbaju dan hanya berbaring di atas katil dengan berlatar belakangkan poster kartun, ketika menyertai mesyuarat audit perundangan.

Mesyuarat itu diadakan menerusi aplikasi Zoom dan turut disiarkan di YouTube.

Senotor Calvin Bahr tertangkap dalam keadaan demikian apabila membuka kamera ketika diminta mengundi 'ya' atau 'tidak'.

Anggota parti Republican dari East Bethel itu pertama kali dilantik mewakili Minnesota pada 2016 mewakili Dewan Perwakilan selama tiga penggal.

Pada 2022, beliau dilantik sebagai Senator Minnesota.

Di media sosial, video Bahr yang dikongsi wartawan Aaron Rupar menarik lebih dua juta tontonan setakat pagi Selasa.

Senator itu dilihat tidak memakai baju apabila menjawab panggilan untuk mesyuarat, malah segera menunduk sebaik menyebut 'ya' apabila namanya dipanggil.

"Senator membuatkan saya tidak berhenti ketawa," komen seorang pengguna Twitter.

Bahr bukan telesidang memalukan pertama yang berlaku, kerana pada 2021, seorang peguam di Texas pernah tampil di mahkamah (dalam talian) dengan 'filter' gambar kucing.

Dalam insiden lain yang lebih serius, pakar perundangan Jeffrey Toobin yang ketika itu bertugas untuk majalah New Yorker tertangkap melakukan onani ketika panggilan Zoom pada Oktober 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2023 @ 3:35 PM