Gambar yang dirakam Disember lalu, oleh Dog Meat Free Indonesia menunjukkan anjing serta haiwan eksotik lain, termasuk ular yang dijual di pasar Tomohon, Sulawesi Utara. - via AFP
Gambar yang dirakam Disember lalu, oleh Dog Meat Free Indonesia menunjukkan anjing serta haiwan eksotik lain, termasuk ular yang dijual di pasar Tomohon, Sulawesi Utara. - via AFP
AFP

VIDEO memual dan ‘mengerikan’ anjing serta haiwan eksotik lain dibunuh dan disalai dengan api bagi menanggalkan bulu di Indonesia, mencetuskan bantahan, terutama oleh pertubuhan pencinta haiwan.

Kumpulan Dog Meat-Free Indonesia berkempen mendesak kerajaan menutup pasar haiwan hidup yang membunuh ribuan anjing serta kucing setiap minggu.

Video yang dirakam aktivis di pasar di Tomohon dan Langowan, Sulawesi, itu menunjukkan haiwan, termasuk monyet, kucing dan keluang dijual secara terbuka.

Antara adegan ngeri dalam video itu ialah anjing dipukul hingga mati sebelum disalai di tepi jalan bagi menanggalkan bulunya.

Anjing lain yang dikurung dalam sangkar sempit dapat melihat dengan jelas pembunuhan rakan mereka itu.

Pasar itu bagaimanapun, dikatakan popular dalam kalangan pelancong.

Jurucakap Dog Meat-Free, Lola Webber, berkata pasar itu bagaikan ‘neraka’ dan mendesak kerajaan Indonesia menghentikan kekejaman itu.

“Kami memerlukan seluruh dunia menyertai desakan supaya Indonesia menghentikan penjualan daging anjing dan kucing,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 January 2018 @ 9:36 PM