Hanis Aliaa Hidzir

TINJAUAN dan penyelidikan mendapati, rakyat Malaysia mula mengamalkan pemakanan sihat dan lebih banyak bersenam untuk kekal sihat sejak beberapa tahun lalu serta memilih makanan berasaskan tumbuhan sebagai cara pemakanan baharu.

Laporan juga menunjukkan, sehingga 50 peratus rakyat Malaysia membuat perubahan terhadap diet mereka dengan sehingga 61 peratus makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berasaskan tumbuhan lain serta kurang mengambil daging.

Selain itu, lebih ramai merasakan diri mereka fleksibel terhadap diet berasaskan tumbuhan atau mengurangkan pengambilan daging.

Malah, gaya hidup ini semakin mendapat tumpuan di media sosial seperti TikTok dan Instagram.

Terkini, terdapat satu lagi trend pemakanan yang mendapat perhatian ramai iaitu pilihan diet yang boleh disesuaikan seperti 'flexitarian' dan 'reducetarian'.

Terajui gaya pemakanan lazat

Keistimewaan rangkaian produk makanan halal tanpa daging berasaskan tumbuhan, Harvest Gourmet™️ dihasilkan dan dikilangkan di negara ini oleh rakyat Malaysia sendiri. 

Pengamal 'flexitarian', pelakon, usahawan dan ikon fesyen Sazzy Falak berkongsi rasa cintanya terhadap makanan berasaskan tumbuhan di media sosialnya apabila dia baru mencuba rangkaian produk Harvest Gourmet™️.

Image

Jatuh cinta dengan burger patti, Sazzy kagum dengan rasa daging dan tekstur lembut Sensational Burger jenama itu. 

Patti yang diperbuat daripada kaedah proprietari mencampurkan bahan berasaskan tumbuhan berkualiti untuk meningkatkan rasa 'umami' serta mengandungi protein tinggi menjadikannya pengalaman yang sensasi.

Sazzy turut mencuba sendiri produk rangkaian itu untuk memasak resipi kegemaran ramai, kari laksa sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Aromatik dan berperisa

Pengacara, cef dan usahawan Sherson Lian, turut berkongsi kecintaannya terhadap makanan berasaskan tumbuhan dengan menggelarnya sebagai hidangan penuh protein sebagai sebahagian daripada kempen 'Go Green Raya' Harvest Gourmet™️.

Image

Dengan sentuhan tempatan pada kepingan Meat-Free Chargrilled Harvest Gourmet™️, Sherson mengakui, rasanya aromatik dan berperisa.

Nikmati sendiri hidangan rendang hijau tanpa daging di rumah dengan resipi mudah dari Sherson. 

Lebih bertenaga

Personaliti televisyen, hos radio dan pengamal 'flexitarian' Aishah Sinclair, berkata keputusannya untuk bertukar kepada pemakanan berasaskan tumbuhan didorong oleh keperluan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dan meningkatkan kesihatan.

Image

Aishah berkata,  dengan diet yang 'lebih bersih' dirinya lebih bertenaga. Katanya,  pengambilan produk Harvest Gourmet™️ yang lebih mudah, berkhasiat dan lazat membuatnya mengambil keputusan, berhenti mengambil daging sepenuhnya.

Aishah turut  mencipta semula resipi rendang daging arwah neneknya dengan sentuhan mesra alam sempena hari raya.

Teruja dengan hasil hidangan tradisional yang dimasaknya, Aishah sekali lagi menggunakan Meat-Free Chargrilled Harvest Gourmet™️ untuk hidangan sate dengan kuah kacang sempena Hari Kebangsaan.

Image

Ayuh sertai gaya pemakanan terbaharu rakyat Malaysia dan mainkan peranan anda dalam penyelesaian makanan dengan menambahkan rangkaian produk berasaskan tumbuhan dan bebas daging Nestlé Harvest Gourmet™️ dalam diet anda. 

Dapatkan produk Nestlé Harvest Gourmet™️ pada harga berpatutan di platform e-dagang utama dan pasar raya berhampiran anda.

Cuba dan rasai pelbagai resipi kegemaran tempatan yang mudah disediakan dengan melayari harvestgourmet.my.

Image

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 November 2021 @ 12:37 PM