Payung terjun yang tersangkut pada pokok dan polis melakukan siasatan di tempat mayat seorang penerjun ditemui. -  Foto ABC/CairnsPost
Payung terjun yang tersangkut pada pokok dan polis melakukan siasatan di tempat mayat seorang penerjun ditemui. - Foto ABC/CairnsPost
AFP

Tiga penerjun payung, termasuk seorang wanita terbunuh dipercayai bertembung sesama sendiri di udara selain payung terjun mereka gagal berfungsi di Mission Beach, berhampiran bandar pelancongan popular Cairns, dekat Sydney, hari ini.

Mereka yang terbunuh itu ialah dua lelaki berusia 30-an dan seorang wanita 50-an.

Menurut kenyataan polis, siasatan awal menunjukkan seorang penerjun udara bertembung dengan dua lagi penerjun manakala payung masing-masing gagal berfungsi.

“Seorang daripadanya ialah jurulatih yang sudah ribuan kali melakukan terjunan dan ketika kejadian, melakukan terjunan solo,” kata kenyataan itu.

Australian Broadcasting Corporation (ABC) memetik kakitangan ambulans berkata, seorang mangsa jatuh ke laman belakang sebuah rumah.

Mayat dua lagi mangsa terperangkap di celah pokok dan mayat mereka ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan mendarat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2017 @ 7:44 PM