GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

SEKURANG-KURANGNYA 11 orang terbunuh dan lapan lagi cedera dipanah petir di Odisha, timur India, kata seorang pegawai semalam.

Kematian dilaporkan di Bhadrak, Baleshwar dan Kendrapara di timur laut Bhubaneswar, Odisha, lapor agensi berita China Xinhua.

"Lima terbunuh di Bhadrak manakala tiga kematian masing-masing di laporkan di daerah Baleshwar dan Kendrapara," kata seorang pegawai kerajaan tempatan kepada media.

Kebanyakan mangsa yang maut, bekerja di sawah padi atau berada berhampiran dengan pokok ketika kejadian.

Pada minggu lalu, kejadian sama mengakibatkan tiga terbunuh.

Mengikut laporan Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, setiap tahun sejak 2005, sekurang-kurangnya 2,000 orang terbunuh dipanah petir di India.

Sementara itu, beberapa daerah Odisha turut dilanda hujan lebat menyebabkan banjir monsun sekaligus mengakibatkan paras air sungai berada di tahap berbahaya di beberapa kawasan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Julai 2017 @ 5:19 PM