Ketinggian luar biasa Karan Singh yang berusia lapan tahun, jelas kelihatan ketika bersama rakan-rakan sekampung yang sebaya dengannya. - Foto Daily Mail
Ketinggian luar biasa Karan Singh yang berusia lapan tahun, jelas kelihatan ketika bersama rakan-rakan sekampung yang sebaya dengannya. - Foto Daily Mail
Agensi

BARU berusia lapan tahun, namun ketinggian Karan Singh sudah mencapai 1.98 meter, menjadikannya orang tertinggi dunia bagi yang seusianya.

Ketika dilahirkan Karan sudah setinggi 60 sentimeter (dua kaki) - rekod dunia - dan kini ketinggiannya sama dengan bekas juara tinju dunia, Wladimir Klitschko.

Kanak-kanak dari Meerut, India, itu mewarisi ketinggian ibunya, Shweatlana, 33, pemain bola keranjang setinggi 2.18 meter yang juga wanita tertinggi India. Bapanya Sanjay, 41, juga agak tinggi.

Menurut The Mirror, Sanjay berkata, selain diet khas, dia juga memastikan Karan mengambil makanan tambahan dan menjalani gaya hidup yang sihat.

“Buat masa ini, selain ketinggian luar biasanya, keadaan Karan normal tanpa masalah, stamina yang bagus dan tiada masalah dalaman,” katanya.

Karan bersama ibu dan bapanya bergambar dengan penduduk kampung mereka di pasar. - Foto Daily Mail
Karan bersama ibu dan bapanya bergambar dengan penduduk kampung mereka di pasar. - Foto Daily Mail

Masalah besar bagi Karan ialah mencari pakaian dan kasut bersaiz 12. Ketika berusia tiga tahun, dia memakai pakaian untuk kanak-kanak 10 tahun.

“Selepas siap kerja sekolah, saya bermain dengan kawan-kawan, selepas itu bermain bola keranjang dengan ibu.

“Dia melatih saya sejak saya berumur lima tahun,” katanya yang juga mahu menjadi pemain bola keranjang.

Menurutnya, dia suka dengan dirinya yang tinggi dan mahu lebih tinggi daripada mereka.

Karan sudah dua kali muncul dalam Rekod Dunia Guinness , sekali sebagai bayi terbesar dan sekali lagi sebagai orang tertinggi bagi yang seusianya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Jun 2017 @ 7:12 PM