LUIS Manuel Gonzales dari Colima, Mexico, sudah seberat 18 kilogram walaupun baru berusia 10 bulan. - Foto AFP
LUIS Manuel Gonzales dari Colima, Mexico, sudah seberat 18 kilogram walaupun baru berusia 10 bulan. - Foto AFP
AFP

LUIS Manuel Gonzales dari Colima, Mexico, baru berusia 10 bulan namun beratnya sama dengan kanak-kanak berusia sembilan tahun dan doktor masih belum pasti kenapa bayi berkenaan ‘membesar’ terlalu pantas.

Ibunya, Isabel Pantoja, 24, menyangka bayinya gemuk kerana susu badannya ‘amat berkhasiat’ namun kini bimbang kerana berat Luis sudah melebihi berat abangnya, Mario, yang berusia tiga tahun.

Ketika dilahirkan, berat bayi itu normal iaitu 3.5 kilogram, namun pada usia dua bulan, dia sudah seberat 10 kilogram dan memakai pakaian kanak-kanak berusia dua atau tiga tahun.

Ketika berusia 10 bulan, berat Luis mencapai 28 kilogram, bertambah 18 kilogram dalam masa lapan bulan yang menghairankan doktor.

Tiada siapa dalam ahli keluarga dapat mendukung lama Luis, termasuk bapanya Mario Gonzales, yang bekerja di sebuah kilang minuman. Mereka bergilir-gilir menolak kereta sorong membawa Luis ke hospital untuk pemeriksaan empat kali seminggu.

Ahli keluarga, termasuk ibunya, Isabel, bergilir-gilir menolak kereta sorong Luis membawanya ke hospital. - Foto AFP
Ahli keluarga, termasuk ibunya, Isabel, bergilir-gilir menolak kereta sorong Luis membawanya ke hospital. - Foto AFP

Menurut Isabel, setakat ini doktor mempunyai satu teori iaitu Sindrom Prader-Willi Syndrome, masalah genetik yang menyebabkan kanak-kanak sentiasa lapar.

Namun, Isabel berkata, Luis tidak merengek meminta makanan dan makan normal seperti bayi seusianya.

Kes Luis kini mendapat perhatian pakar bedah yang mengkhusus dalam bidang pemakanan, Silvia Orozco, dan mereka sedang menunggu hasil ujiannya yang memungkinkan Luis dirawat melalui suntikan hormon.

Namun, kos satu suntikan hormon itu sekitar $551 (RM2,308) sedangkan pendapatan bapanya hanya $197 (RM825) sebulan.

“Sedih melihat jururawat memeriksa tubuhnya di bawah lipatan lemak pada lengannya bagi mencari saluran darah,” kata bapanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 November 2017 @ 8:20 PM