Gail Gardot sebagai Wonder Woman.
Gail Gardot sebagai Wonder Woman.
Agensi

TUNISIA menyertai Lubnan dan Algeria mengharamkan tayangan filem ‘Wonder Woman’ kerana dibintangi pelakon Israel, Gail Gardot yang menyokong Zionis.

Larangan tayangan filem itu di Tunisia dibuat sebelum ia dijadual ditayangkan kali pertama pada 8 Jun selepas Persatuan Peguam Muda Tunisia mengemukakan saman kerana Gardot pernah berkhidmat dalam tentera Israel serta sokongannya kepada tentera Israel.

Gardot yang berkhidmat wajib selama dua tahun dengan tentera Israel, pernah menyatakan sokongannya kepada dasar dan operasi tentera Israel di Gaza.

Dalam Facebooknya, Gardot memuji tentera Israel ketika perang Gaza-Israel 2014, mendoakan tentera Israel ‘yang mempertaruhkan nyawa melindungi negara saya daripada tindakan Hamas yang kejam’.

Aktres itu adalah Miss Israel sebelum berlakon muncul dalam Fast and Furious namun filem itu tidak diharamkan di Lubnan.

Festival filem di Algeria juga mengeluarkan Wonder Woman daripada senarai tayangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Jun 2017 @ 4:55 PM