Arab News

LANGIT Jeddah bersinar dengan cahaya 300 dron yang digunakan untuk satu pameran sempena sambutan Ramadan, Sabtu lalu.

Pameran cahaya itu menayangkan ucapan sambutan Ramadan dalam usaha General Authority for Entertainment (GEA) Arab Saudi menyediakan hiburan inovatif.

Dron terbabit terbang ke langit dan disusun untuk menayangkan ucapan diikuti dengan logo GEA pelbagai warna.

Jurucakap GEA berkata, idea terkini itu dipamerkan untuk semua dan menggunakan teknik yang tidak pernah dilihat sebelum ini di kawasan ini.

"Kami memaparkan pameran cahaya di langit Jeddah selama lebih 4 minit sebagai usaha mengucapkan tahniah kepada penduduk bandar ini dalam cara yang menarik dan inovatif," katanya.

Pameran itu jelas mengagumkan keluarga yang bersantai di situ selepas berbuka puasa.

UCAPAN Ramadan menggunakan 300 dron ditayangkan di langit Jeddah. FOTO petikan YouTube Arab News
UCAPAN Ramadan menggunakan 300 dron ditayangkan di langit Jeddah. FOTO petikan YouTube Arab News

Satu keluarga Mesir memerhatikan bagaimana dron membentuk ucapan itu dan gembira dengan pameran yang ditunjukkan.

"Saya tak pernah melihat pameran seperti ini. Ia satu gerakan mesra dan sebagai penduduk Jeddah selama lima tahun, ini kali pertama saya melihat pameran seperti ini," kata Mansour Ahmed.

GEA turut mengumumkan beberapa acara berkaitan Ramada akan diadakan bulan ini di Arab Saudi.

Pihak berkuasa itu berminat menyediakan hiburan yang terbaik menggunakan kaedah teknologi terkini mengikut Wawasan 2030 mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Mei 2017 @ 11:51 AM
UCAPAN Ramadan menggunakan 300 dron ditayangkan di langit Jeddah. FOTO petikan YouTube Arab News
UCAPAN Ramadan menggunakan 300 dron ditayangkan di langit Jeddah. FOTO petikan YouTube Arab News