PEMANDANGAN Pag-asa dari udara.  - AP
PEMANDANGAN Pag-asa dari udara. - AP

Manila: Filipina sudah mula menghantar tentera dan bekalan ke sebuah pulau yang menjadi rebutan di Laut China Selatan sebagai persediaan untuk kerja pembinaan, termasuk mengukuh dan memanjangkan landasan pesawat serta membina pelabuhan.

China bulan lalu membantah lawatan ketua tentera dan pertahanan Filipina ke Pulau Pa-asa yang sejak puluhan tahun lalu diduduki tentera dan nelayan Filipina kerana Beijing mendakwa ia miliknya.

Panglima wilayah Barat tentera Filipina, Leftenan Jeneral Raul del Rosario berkata semalam, tentera dan bekalan awal sudah tiba di Pulau Pa-asa minggu lalu.

Kira-kira 1.6 bilion peso (RM140 juta) diperuntukkan untuk pembinaan, termasuk pelabuhan nelayan, tenaga solar, loji penyahgaraman air laut, membaiki kediaman tentera serta kemudahan untuk penyelidikan marin dan pelancong.

China yang menuntut hak terhadap kira-kira 90 peratus daripada seluruh Laut China Selatan sebelum ini membina tujuh pulau berhampiran kepulauan Spratly. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mei 2017 @ 10:55 AM