TENTERA China di Terumbu Fiery Cross.  - Agensi
TENTERA China di Terumbu Fiery Cross. - Agensi

Beijing: China dilapor sudah menempatkan pelancar roket di terumbu karang di Laut China Selatan yang menjadi rebutan bagi menghalang sebarang kemungkinan pendaratan penyelam tentera Vietnam.

Beijing sebelum ini berkata, pembinaan berkait dengan ketenteraan di pulau yang dikuasainya di Laut China Selatan akan terhad kepada keperluan syarat pertahanan dan ia boleh melakukan apa saja di wilayah miliknya.

Akhbar Defence Times dalam laporan menerusi akaun WeChat berkata, pelancar roket Norinco CS/AR-1 55mm sistem anti penyelam itu mampu mengesan, mengenal pasti penyelam tentera musuh dipasang di Terumbu Fiery Cross di Kepulauan Spratly.

Terumbu itu ditadbir oleh China tetapi turut dituntut oleh Filipina,Vietnam dan Taiwan.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan bila sistem pertahanan itu dipasang.

China sebelum ini melakukan kerja menambak tanah secara besar-besaran di terumbu itu, termasuk membina sebuah lapangan terbang. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mei 2017 @ 10:55 AM