PERSONALITI bersama peserta dan pengunjung yang hadir.
PERSONALITI bersama peserta dan pengunjung yang hadir.
Shuhada Mansor

Kombinasi empat personaliti muda yang juga penggiat seni dalam bidang berbeza dikumpulkan dalam acara Converse One Star Collective anjuran jenama kasut Converse.

Acara One Star Pop Up yang diadakan Khamis lalu di Bangsar, Kuala Lumpur itu memperlihatkan usaha jenama terbabit dalam menyokong minat generasi muda khususnya membabitkan aliran seni yang kurang dikenali bagi sebahagian masyarakat.

Selain itu, kempen itu juga bertujuan mempamerkan hasil ciptaan semua panel yang rata-rata sudah menerima pelbagai penghargaan dari dalam dan luar negara.

DARI kiri, Nizar Hashim, Arliana Mansor, Sun Khiew dan Bee.
DARI kiri, Nizar Hashim, Arliana Mansor, Sun Khiew dan Bee.

Beri inspirasi

Acara ini difahamkan adalah sebahagian daripada kempen global jenama itu bagi mendekati dan membentuk belia masa depan melalui penyediaan platform yang sesuai bagi menyokong minat dan hobi mereka.

Jika sebahagian masyarakat memandangkan seni seperti grafiti sebagai contoh, sebagai satu isu vandalisme, kempen ini diharapkan dapat membuka mata mereka bahawa dunia luar mengangkat karya ini sebagai satu cabang seni sama seperti yang lain.

Dengan gabungan empat personaliti ini iaitu Bee selaku penggiat seni grafiti, Nizar Hashim (pemain papan selaju), Arliana Mansor (jurutari dan pengacara) dan Sun Khiew (fesyen) dapat memberi inspirasi kepada generasi Y dalam meneruskan hobi mereka secara serius.

Sesi perkongsian daripada empat panel jemputan, slot ‘fingerboarding’, pameran hasil seni, reka bentuk dan persembahan muzik digabungkan dalam acara ini dengan dihadiri kira-kira 100 penggemarnya.

Penutup acara itu dimeriahkan dengan persembahan muzik ciptaan Kolektif One Star dan perkongsian pengalaman Pop Up yang unik.

 NIZAR, pemain papan selaju.
NIZAR, pemain papan selaju.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Mac 2018 @ 12:17 AM