PEMANAS air solar semakin popular sebagai sumber tenaga alternatif yang mampan untuk rumah.
PEMANAS air solar semakin popular sebagai sumber tenaga alternatif yang mampan untuk rumah.
Hartini Mohd Nawi


Salah satu tenaga lestari yang paling popular yang mula diterima rakyat Malaysia ialah tenaga solar iaitu tenaga boleh diperbaharui yang paling mudah diakses cuaca tropika negara kita.

Aplikasi tenaga solar yang paling biasa digunakan ialah pemanas air solar sebagai sumber tenaga alternatif untuk sistem pemanasan air di rumah.

Di samping peningkatan aksesibilitinya, pemanas air solar mendatangkan banyak kelebihan kepada pemilik rumah seperti pengurangan bil elektrik dan manfaat mesra alam dalam jangka masa panjang sambil mengekalkan kecekapan yang sama seperti pemanas air tradisional.

Penggunaan pemanas air solar adalah pilihan terbaik bagi yang berminat untuk memulakan penggunaan tenaga mampan sebelum melabur wang yang besar untuk penggunaan tenaga lestari secara meluas di rumah mereka.

Menurut Penasihat Kanan Produk SolarMate, Mok Gim Kaw, walaupun terdapat peningkatan keperluan untuk pemanas air solar sebagai sumber tenaga

alternatif, pihaknya mendapati masih ramai yang meragui untuk memasangnya di rumah akibat tanggapan salah terhadap penggunaannya.

"Sedangkan dengan kemajuan teknologi moden, pemilik rumah boleh memilih daripada pelbagai pilihan mengikut keperluan dan keadaan rumah untuk menikmati manfaat penggunaan sistem ini dengan sepenuhnya," katanya.

Produk SolarMate, pengeluar terma solar pertama yang diperakui di Malaysia yang bekerjasama dengan Waterco Malaysia untuk menyediakan penyelesaian penapisan dan pemanasan air yang komprehensif kepada pelanggan.

Berikut beberapa penjelasan yang menghapuskan mitos berkenaan sistem ini:

1. Pemanas air solar hanya berfungsi pada hari yang cerah

Pemanas air solar menggunakan tenaga sinaran matahari untuk memanaskan air sejuk dan memindahkan air yang dipanaskan ke dalam tangki simpanan yang sedia untuk digunakan.

Selepas pemeriksaan keadaan bumbung rumah anda dan penentuan saiz tangki air, peranti pemanasan yang mempunyai panel solar di permukaannya akan dipasang di atas bumbung anda.

Memandangkan sistem ini menggunakan sinaran solar untuk memanaskan air, ia masih boleh berfungsi pada hari mendung kerana keadaan cuaca tidak akan menghalang sinaran matahari.

Walaupun pengeluaran maksimum pemanas air solar mungkin berkurangan waktu cuaca mendung, namun sesetengah pemanas air solar dipasangkan dengan sistem pemanasan sokongan untuk menghasilkan air yang sudah dipanaskan ke suhu yang diperlukan.

Ia juga boleh dipasangkan dengan sistem sokongan elektrik untuk meningkatkan operasi apabila diperlukan untuk memastikan bekalan air panas berterusan waktu cuaca yang tidak diingini.

2. Lebih besar, lebih baik

Beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memasang pemanas air solar di rumah ialah bilangan penghuni rumah, kapasiti penyimpanan air panas, struktur bumbung dan banyak lagi faktor lain demi pemilihan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Berdasarkan bilangan ahli keluarga, anda boleh memilih pemanas air solar dengan kapasiti tangki kecil atau besar yang mampu membekalkan jumlah air panas yang mencukupi untuk penggunaan semua.

Anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk pemasangan dan penyelenggaraan yang lebih daripada apa yang diperlukan.

TENTUKAN penggunaan air panas dan bilangan pengguna sebelum memasang pemanas air solar untuk mengelakkan kos yang tidak perlu.
TENTUKAN penggunaan air panas dan bilangan pengguna sebelum memasang pemanas air solar untuk mengelakkan kos yang tidak perlu.

3. Pemanas air solar memerlukan penyelenggaraan yang banyak

Kos penyelenggaraan yang tinggi adalah salah satu kebimbangan utama pemilik rumah apabila mereka mempertimbangkan pemasangan pemanas air solar.

Sebenarnya sistem ini hanya memerlukan penyelenggaraan yang minimum jika ia dipasang dengan betul dan diselenggara secara berkala pembekal yang boleh dipercayai.

Anda dinasihatkan untuk menjadualkan servis dan pemeriksaan produk setiap empat hingga lima tahun untuk memastikan pemanas air solar anda berada dalam kefungsian optimum.

Pemanas air solar direka untuk bertahan dan biasanya ia boleh bertahan selama 15 hingga 20 tahun.

Walaupun ia memerlukan penyelenggaraan yang minimum dalam jangka hayat penggunaan, ia masih boleh mencapai kefungsian maksimum dan mengurangkan kos elektrik dalam jangka masa panjang jika ia diselenggara dengan betul.

HUBUNGI pembekal anda untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan berkala jika perlu untuk memanjangkan jangka hayat pemanas air solar anda.
HUBUNGI pembekal anda untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan berkala jika perlu untuk memanjangkan jangka hayat pemanas air solar anda.

4. Pemanas air solar hanya dapat menjimatkan bil elektrik dengan sedikit

Anda boleh menjimatkan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 peratus daripada bil elektrik bulanan anda dengan menukar pemanas air elektrik tradisional kepada pemanas air solar.

Walaupun pemasangan pemanas air solar lebih mahal daripada pemanas tradisional namun ia menggunakan cahaya matahari untuk berfungsi dan anda dapat menikmati pengurangan kos elektrik dalam jangka masa panjang.

KAWAL dan kurangkan bil elektrik dengan memasang pemanas air solar yang sesuai dengan ruang kediaman serta penggunaan air anda.
KAWAL dan kurangkan bil elektrik dengan memasang pemanas air solar yang sesuai dengan ruang kediaman serta penggunaan air anda.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 November 2022 @ 6:30 AM