PETUNIA perlukan penjagaan rapi. FOTO/FAIL
PETUNIA perlukan penjagaan rapi. FOTO/FAIL
dekotaman

JURAIAN dedaun hijau dan warna-warni kuntuman bunga yang digayakan secara bergantungan di balkoni menyerlahkan lagi tarikan ruang kecil itu.

Petunia, tumbuhan yang berasal dari Amerika Selatan ini dikategorikan sebagai flora paling popular dan diminati penggemar bunga untuk dijadikan pokok hiasan gantung.

Memiliki ketinggian antara 16 hingga 30 sentimeter, pokok dari keluarga Solanaceae ini memiliki kelopak menyerupai trompet dan tumbuh dengan pelbagai saiz serta warna.

Rona paling popular pastinya ungu, merah, kuning, putih, biru dan kombinasi dua warna.

Petunia berbunga kecil atau multiflora dan miliflora sesuai dijadikan pokok pagaran.

Sementara saiz besar atau grandiflora pula lebih sesuai ditanam di dalam pasu dan dijadikan tumbuhan gantung. Selain itu, petunia juga memiliki jenis lain termasuk supertunia, cascadia dan surfinia.

Menurut kepercayaan puak Maya dan Inca, petunia memiliki aura postif dan berupaya ‘menghalau’ kuasa jahat. Oleh itu, ia tidak akan tumbuh di kawasan yang dipenuhi ion negatif.

Memerlukan pencahayaan cukup sekurang-kurangnya lima jam, petunia turut menuntut penjagaan rapi, antaranya:

1. Pencahayaan

Petunia adalah pokok berbunga, jadi ia memerlukan cahaya matahari yang mencukupi.

Langkah terbaik, letakkan petunia di kawasan yang menghadap cahaya matahari.

2. Air

Sekali sehari menyiram pokok petunia lebih daripada mencukupi.

Disarankan siraman dilakukan pada sebelah pagi.

Siraman pada sebelah petang membuatkan pokok berpotensi mengalami

serangan kulat pada

sebelah malam.

3.Baja

Petunia yang masih berbunga digalakkan memberi baja jenis NPK12-12-12.

Pokok yang ingin dialih pasu pula dicadangkan menggunakan tanah baru dicampur baja organik bagi membolehkan ia berbunga serentak.

4. Pemangkasan

Bagi menghasilkan juraian menarik, dzrankan memangkas pucuk

petunia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 September 2018 @ 4:15 AM