Tengku Ahmad Badli Shah
Tengku Ahmad Badli Shah

Kuala Lumpur: Agrobank melancarkan Kempen Heng Loong Huat - Menang Ang Pao RM888 bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Pelancaran kempen ini juga selaras dengan tahun naga dalam kalendar Cina yang membawa maksud kemakmuran, kekayaan dan juga tuah khusus untuk pelanggan sedia ada dan baharu Agrobank.

Ia bertujuan menggalakkan pelanggan setia membuat pembayaran bebas tunai melalui penggunaan Agro Debit-i dan memupuk amalan menyimpan dan berhemah melalui AgroPrimaS.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, seramai 50 pelanggan bertuah bakal membawa pulang Ang Pao dengan hanya transaksi minimum sebanyak RM10 atau simpanan minimum sebanyak RM500.

"Pelanggan dengan kumpulan mata penyertaan tertinggi akan diketahui menerusi cabutan bertuah pada akhir tempoh kempen ini nanti.

"Adalah menjadi fokus kami untuk memberi kesedaran akan kemakmuran dalam kewangan bagi menjamin masa depan yang lebih baik," katanya.

Menurutnya, bagi merancakkan lagi kempen ini, pemenang bertuah kempen ini juga berpeluang memenangi cabutan bulanan bulan Februari berupa kereta BYD Dolphin, Proton X50 atau Perodua Myvi dan hadiah utama sebuah kereta mewah Tesla menerusi Kempen Mega Million yang dilancarkan pada suku akhir tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Februari 2024 @ 7:01 AM