HIASAN menarik menanti pengunjung.
HIASAN menarik menanti pengunjung.
Hajar Umira Md Zaki


Kuala Lumpur: Pemaju hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan pelbagai aktiviti menarik menerusi program Matrix Roaring Prosperity 2022.

Ia diadakan bermula 22 Januari hingga 13 Februari 2022, setiap Sabtu dan Ahad, bermula jam 6 petang hingga 10 malam di unit pameran Clover, Resort Residence dan Bayu Sutera di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Ketua Pegawai Pemasaran Matrix Concepts, Lim Kok Yee berkata, suasana pada tahun ini bertemakan Roaring Prosperity bagi meraikan Tahun Harimau.

"Unit pameran kami di Clover, Resort Residences bakal dihiasi dengan lampu hiasan setiap malam sepanjang sambutan program Roaring Properity.

"Di Bayu Sutera, hiasan akan dalam menaikkan semangat perayaan Tahun Baru Cina," katanya, dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, sambutan Tahun Baru Cina adalah masa di mana keluarga berkumpul, berkongsi makanan dan kegembiraan serta berkongsi harapan untuk kebaikan.

Beliau berkata, Matrix Concepts turut menganjurkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang program berlangsung di dua tempat berkenaan.

Antaranya, Kid's Sand Art, Giant Bubble, Kid's Bicycle Ride, Food Trucks dan Gold Royal Challenge.

"Bagi pelawat yang ingin membuat tempahan, mereka boleh memilih empat masa pilihan dan keutamaan diberikan kepada mereka yang membuat tempahan awal," katanya.

Jelasnya, hanya individu yang divaksinasi sahaja dibenarkan untuk masuk ke tempat program.

"Kanak-kanak bawah 12 tahun yang belum menerima vaksin boleh masuk bersama individu dewasa yang sudah menerima vaksin lengkap," katanya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program Roaring Prosperity atau kategori tempahan, boleh layari laman web di www.matrixprosperity.com.my atau www.mchb.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 January 2022 @ 1:00 PM