GEETHA (kanan) bersama pengurusan kanan Nestlé membantu menyediakan bubur lambuk.
GEETHA (kanan) bersama pengurusan kanan Nestlé membantu menyediakan bubur lambuk.
Pretty Abbyana Asis


Kuala Lumpur: Maggi mengagihkan lebih 188,400 mangkuk bubur lambuk kepada masyarakat di seluruh negara yang merupakan insiatif tahunan program Nestlé Cares.

Program tahun ini membabitkan lebih 70 warga emas di Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kajang dan 20 anak yatim Rumah Nur Kasih Bestari di sini yang dijamu dengan juadah berbuka puasa tradisional disediakan oleh anggota pasukan kepimpinan Maggi️ dan Nestlé.

Selain itu, lebih 40 sukarelawan Nestlé Cares turut bergotong-royong membersihkan pusat jagaan berkenaan,.

Dalam masa sama sukarelawan Nestlé Cares akan bekerjasama dengan komuniti pekebun Perumahan Awam Seri Perlis untuk menyediakan infrastruktur dan berkongsi kepakaran dalam pertanian komuniti bandar bagi menambahbaik kebun yang diusahakan.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi, Nestlé, Geetha Balakrisha berkata, inisiatif berkongsi rezeki dengan menyediakan bubur lambuk sempena bulan puasa telah menjadi tradisi tahunan.

"kami akan terus mengeratkan hubungan kami dengan rakyat Malaysia menerusi hidangan yang menyelerakan, sambil berpegang kepada komitmen kami terhadap program Cook the Difference dan menghasilkan kesan positif kepada masyarakat," katanya dalam kenyataan.

Nestlé Cares juga akan menerajui dan menyokong pelbagai inisiatif sepanjang tahun untuk memberikan sumbangan positif kepada pemakanan, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat di Malaysia, di samping menganjurkan program-program lain.

Sejajar dengan matlamat untuk menggalakkan amalan pemakanan yang baik dalam kalangan rakyat, Nestlé telah menambahbaik kebun sayur di Pusat Jagaan Al-Fikrah.

Selain itu, Pusat Jagaan Al-Fikrah juga akan menerima barangan dan peralatan baharu seperti set tilam dan tuala, permaidani, sistem bunyi baharu dan bekalan produk makanan dan minuman Nestlé untuk tempoh setahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2023 @ 6:01 AM