Duit Syiling Peringatan Tembaga (pruf) bentuk Wau.
Duit Syiling Peringatan Tembaga (pruf) bentuk Wau.

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia mengumumkan pengeluaran duit syiling

peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Kilang Wang yang ke-50. Kilang Wang yang ditubuhkan pada 10 Julai 1971 merupakan penempa rasmi duit syiling Malaysia.

Duit syiling peringatan ini boleh dibeli mulai hari ini, melalui https://duit.bnm.gov.my.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus

berkata, sejak lima dekad lalu, Kilang Wang telah menempa syiling yang

cantik dengan reka bentuk yang digemari rakyat Malaysia.

"Dengan bentuk dan rekaan tersendiri, duit syiling peringatan ini dikeluarkan bersempena dengan ulang tahun Kilang Wang yang ke-50 bagi meraikan warisan budaya negara dan pada masa sama mempamerkan kemahiran pengukir serta

teknologi Kilang Wang," katanya dalam kenyataan.

Duit syiling peringatan ini akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Duit Syiling Peringatan Tembaga (pruf) dan Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (BU).

Duit Syiling Peringatan Tembaga (pruf) diperbuat daripada logam tembaga dengan ketulenan 99.9 dan dikeluarkan dalam tiga bentuk iaitu Wau, Gasing dan Congkak, dengan berat 36.6 gram, 21.7 gram dan 22.8 gram setiap satu.

Nilai muka duit syiling ini ialah RM5 dan akan dijual pada harga RM220 sekeping.

Sejumlah 1,200 keping telah ditempa untuk setiap jenis.

Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (BU) pula diperbuat daripada tembaga dan beberapa logam lain, dengan berat 8.5 gram.

Nilai muka duit syiling ini ialah RM1 dan akan dijual pada harga RM13.20 sekeping.

Sejumlah 5,000 keping telah ditempa.

Duit syiling peringatan ini juga tersedia dalam bentuk Set 3 dalam 1 untuk

jualan.

Set ini berharga RM605 dan mengandungi sekeping duit syiling pruf

tembaga berbentuk Wau, Gasing dan Congkak dengan sejumlah 1,200 set tersedia untuk pembelian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2022 @ 3:53 PM