Bangunan BNM.
Bangunan BNM.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk

menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak

25 mata asas kepada 2.00 peratus.

Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi

OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.

Menurut BNM, sepanjang krisis Covid-19, OPR dikurangkan sebanyak 125 mata asas secara kumulatif kepada paras terendah yang belum pernah dicatatkan sebelum ini, iaitu 1.75 peratus, bagi memberikan sokongan terhadap ekonomi.

"Keadaan pandemik yang pertama kali berlaku sehingga memerlukan tindakan sedemikian kini telahpun reda.

"Dengan pertumbuhan dalam negeri yang

semakin kukuh, MPC mengambil keputusan untuk mula mengurangkan tahap akomodasi monetari.

"Pengurangan ini akan dilaksanakan secara terkawal dan beransur-ansur bagi memastikan dasar monetari kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam persekitaran harga

yang stabil," katanya.

Pada Ogos 2019, BNM mengurangkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus.

Pada Mac 2020, BNM mengurangkan kadar berkenaan kepada 2.50 peratus.

Bagaimanapun, pada Julai 2020, BNM mengurangkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 1.75 peratus, yang juga kali keempat untuk tahun itu serta terendah sejak 2004.

Kadar berkenaan kekal sehingga Januari lalu

BNM berkata, pembukaan semula ekonomi global yang berterusan serta keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik terus menyokong pemulihan kegiatan ekonomi.

Katanya, hal ini telah mengurangkan sebahagian daripada kesan konflik ketenteraan di Ukraine dan langkah-langkah pembendungan yang ketat di China. Tekanan inflasi telah meningkat secara mendadak disebabkan oleh kenaikan harga komoditi, rantaian bekalan yang tertekan dan keadaan permintaan yang

kukuh, khususnya di Amerika Syarikat.

"Kesannya, beberapa bank pusat dijangka membuat pelarasan pada penetapan dasar monetari mereka pada kadar lebih pantas bagi mengurangkan risiko inflasi.

"Prospek pertumbuhan global akan terus dipengaruhi oleh perkembangan berhubung konflik di Ukraine, Covid-19, keadaan rantaian bekalan global, kejutan harga komoditi dan volatiliti pasaran kewangan," katanya.

BNM berkata, bagi ekonomi Malaysia, penunjuk terkini menunjukkan pertumbuhan yang lebih kukuh, didorong oleh permintaan dalam negeri yang lebih mantap dalam keadaan pertumbuhan eksport yang mampan.

"Pasaran pekerja terus disokong oleh kadar pengangguran lebih rendah, penyertaan tenaga kerja lebih tinggi dan prospek pendapatan lebih baik. "Peralihan ke fasa endemik pada 1 April 2022 akan memperkukuh kegiatan ekonomi, sejajar

dengan pelonggaran sekatan selanjutnya dan pembukaan semula sempadan antarabangsa.

"Aktiviti dan prospek pelaburan juga bertambah baik, disokong oleh realisasi projek berbilang tahun dan prospek pertumbuhan yang positif," katanya.

Menurut BNM, bagaimanapun, risiko terhadap pertumbuhan masih wujud, termasuk pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan, konflik geopolitik berterusan, gangguan rantaian bekalan yang bertambah teruk dan perkembangan buruk berhubung Covid-19.

BNM berkata, inflasi keseluruhan diunjurkan berpurata antara 2.2 peratus hingga 3.2 peratus pada tahun 2022.

"Memandangkan peningkatan kegiatan ekonomi dalam keadaan tekanan kos yang berlarutan, inflasi asas seperti yang diukur oleh inflasi teras dijangka meningkat untuk mencatatkan purata antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada tahun 2022.

"Bagaimanapun, tekanan harga menaik akan

dibendung sebahagiannya oleh kawalan harga yang sedia ada dan lebihan kapasiti berterusan dalam ekonomi.

"Prospek inflasi terus dipengaruhi perkembangan harga komoditi global yang berpunca terutamanya

daripada konflik ketenteraan yang berterusan di Ukraine serta gangguan berkaitan bekalan yang berlanjutan, di samping langkah-langkah dasar dalam

negeri tentang mengenai harga yang ditadbir," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2022 @ 3:34 PM