Antara selebriti yang menghadiri acara pembukaan Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri.
Antara selebriti yang menghadiri acara pembukaan Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri yang unik anjuran Jati, jenama beras terkemuka Malaysia dengan kerjasama Malaysia Grand Bazaar (MGB), bersama ecoBrown's, AirAsia SANTAN, KHIND, CHJ Motors dan Gracshaw telah menarik perhatian ramai pada hari pertama pelancarannya untuk acara yang berlangsung selama 16 hari itu.

Pembeli dari Lembah Klang, pelawat dari negeri-negeri lain dan pelancong mengambil kesempatan dengan pemasangan hasil seni retro dan kilauan lampu untuk kandungan media sosial mereka sambil mengunjungi lebih 60 gerai pilihan khas yang menawarkan kepelbagaian makanan dan minuman untuk berbuka puasa sambil mendapatkan juadah Raya, barangan runcit, hasil seni dan kraf, koleksi busana raya untuk seisi keluarga, peralatan rumah dengan banyak penyertaan jenama tempatan yang dipercayai.

Ditubuhkan sejak 1993, Jati terkenal sebagai salah satu pengisar dan pemborong beras terkemuka negara yang memfokuskan kepada produk berasaskan beras termasuk edisi terbaharu mereka yang lebih sihat iaitu siri Jati Signature Pusa Finest Basmathi, iaitu Basmathi 1121, Original dan Basmathi 1509.

Antara tetamu yang hadir pada acara pembukaan.
Antara tetamu yang hadir pada acara pembukaan.

Pengurus Kanan Kumpulan Serba Wangi Sdn Bhd, Chua Keng Jin berkata, Jati menerajui Rasa Kasih Aidilfitri untuk menyokong dan mempromosi jenama dan perniagaan Malaysia, menggalakkan perbelanjaan domestik dengan memberi perhatian kepada perniagaan tempatan sambil mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian barangan dan perkhidmatan Malaysia yang berkualiti.

"Selepas ekonomi negara perlahan sejak pandemik bermula, pengguna-pengguna perlu diingatkan tentang kekayaan dan kualiti tawaran buatan Malaysia yang begitu membanggakan.

"Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri akan berlangsung di Malaysia Grand Bazaar, Bukit Bintang City Centre (BBCC) yang berlangsung sehingga 24 April dari 10 pagi hingga 10 malam.

"Ia adalah bazaar yang harus dikunjungi pada tahun 2022, dengan begitu banyak tawaran berserta pelbagai aktiviti, peraduan, hadiah dan permainan yang menyokong jenama Malaysia," katanya.

Sementara itu, Ketua Peruncitan untuk BBCC Development Sdn Bhd, Michelle Liew berkata, sebagai pusat beli-belah artisanal tetap yang pertama di Kuala Lumpur, pihaknya berbesar hati untuk bekerjasama dengan Jati.

"Penganjuran acara di premis ini adalah selari dengan matlamat kami dalam mempromosi dan menyokong jenama dan peruncit tempatan," katanya.

Pada acara berkenaan, setiap pengunjung akan menerima beg cenderahati dengan produk Jati Signature dan produk ecoBrown's serta baucar dengan hanya melengkapkan 'treasure hunt' gerai-gerai di bazaar, tanpa perlu membuat sebarang pembelian.

Terdapat banyak peraduan seperti peraduan Tangkap Gambar & Menang yang menawarkan hadiah mingguan Khind Intelligence Cooker bernilai RM148, dan Jati Signature Pusa Finest Basmathi Rice (2kg) bernilai RM25.50 dengan hanya mengambil gambar di acara tersebut dan menyiarkannya ke laman sosial anda menggunakan tanda pagar #JatiMalaysia #MGB #JATIxMGB.

Peraduan Beli & Menang memerlukan pembelian dari gerai ecoBrown's, AirAsia SANTAN, Khind, CHJ Motors atau Gracshaw untuk merebut peluang memenangi hadiah iaitu tiga motosikal berjenama bernilai RM13,000 dan 10 topi keledar motosikal berjenama bernilai RM2,200.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 April 2022 @ 6:21 AM