PROMOSI pertandingan 48 tahun Setia Bersama Faiza.
PROMOSI pertandingan 48 tahun Setia Bersama Faiza.
Sofyan Rizal Ishak

Kuala Lumpur: Dewasa kini, beras Basmathi bukanlah satu produk makanan dianggap mewah dalam kalangan masyarakat di negara ini berikutan ia mudah didapati di pasaran pada harga berpatutan.

Apa paling menarik, ia mendapat sambutan dalam kalangan pengguna tempatan khususnya kepada individu yang memiliki kesedaran menjaga kesihatan kerana beras itu mempunyai kandungan kanji yang rendah sekali gus baik untuk kesihatan individu.

Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, Faiza Bawumi Sayed Ahmad berkata, pada masa ini orang ramai amat mementingkan makanan lazat, namun dalam masa sama tidak menjejaskan kesihatan masing-masing.

“Sebelum ini, beras Basmathi hanya digunakan ketika menyediakan hidangan di waktu keraian sahaja, namun kali ini ia berubah dan digunakan sebagai makanan harian,” katanya.

Menurutnya, keputusan memperkenalkan beras Basmathi di pasaran tercetus apabila beliau menjual rempah bukhari semasa awal pembabitannya dalam bidang perniagaan di Batu Pahat, Johor.

“Apabila kami bergabung dengan Beras Nasional (Bernas), saya mula keluar mencari beras basmathi terbaik dari Pakistan dan India bagi memberikan beras lebih berkualiti tinggi kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata, situasi itu menjadi permulaan kepada syarikat dalam memperkenalkan beras Basmathi melalui jenama Faiza Herba Ponni sebelum diperluaskan kepada lima lagi jenama be ras basmathi Faiza iaitu Kohinoor, Moghul, Moghul Parboiled, Maharani dan Kashmir.

Sementara itu, orang ramai digesa terus menghantar borang permohonan untuk menyertai Peraduan 48 Tahun Setia Bersama Faiza kerana tempoh peraduan tinggal hanya beberapa hari sahaja.

Faiza berkata, peraduan terbabit bukan saja untuk mereka yang tidak pernah memenangi hadiah bulanan malah turut terbuka kepada mereka yang pernah memenangi hadiah bulanan berupa pakej umrah dan hamper barangan Faiza.

“Mereka dan semua individu yang menyertai peraduan ini masih berpeluang memenangi hadiah yang disediakan berupa 28 pakej umrah/Beijing, sebuah kereta Honda City 1.5L, Perodua Myvi 1.3L, Perodua Axia 1.0L, tiga motosikal Yamaha 135LC.

“Oleh itu, lebih banyak lagi mereka membeli produk beras jenama Faiza maka lebih tinggi peluang untuk memenangi hadiah itu di mana 34 pemenang terakhir ini akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2016 @ 7:15 AM