Semua pemenang menerima hadiah masing-masing termasuk bekalan beras selama setahun.
Semua pemenang menerima hadiah masing-masing termasuk bekalan beras selama setahun.

SW Food Group mengumumkan pemenang Jurumasak Dalam Talian Terbaik Malaysia melalui peraduan memasak dalam talian Keluarga Kreatif Jati 2 (KKJ2) yang diadakan sempena pelancaran beras Jati Signature Super Spesial Tempatan.

Peraduan berkenaan memerlukan peserta menghantar rakaman video mereka memasak bersama sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga.

Peraduan itu berakhir pada 31 Disember 2019 dan pada Januari lalu setiap video yang dihantar perlu melalui proses undian selama sebulan di laman Facebook rasmi Jati.

Pemenang ditentukan berdasarkan markah yang terkumpul hasil undian umum dan penilaian daripada panel hakim.

Hadiah utama dimenangi keluarga Nur Zawani Zakaria dari Johor yang menampilkan resipi Nasi Ayam Golek Beras Jati dan berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 serta bekalan beras Jati Signature Super Spesial Tempatan selama setahun.

“Selepas mengambil bahagian dalam peraduan ini, baru saya tahu beras keluaran Jati menawarkan produk yang memenuhi cita rasa kami sekeluarga.

“Kini, saya menggunakan beras Jati Signature Pusa Finest Basmathi 1121 yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah dan lebih sihat untuk keluarga saya,” katanya.

Tempat pertama pula dimenangi keluarga Hamiza Mohamad Hanapi dari Klang yang berjaya membawa pulang wang tunai RM2,000 di mana beliau tampil memasak bersama dua anak kembarnya melalui resipi Nasi Serai Udang Berempah.

“Merakam video adalah cabaran bagi kami tetapi ia menjadi pengalaman berharga untuk kami sekeluarga,” katanya.

Pemenang tempat kedua adalah Mohd Rafiq Ismail dari Kelantan dengan menyediakan Laksa Warisan Kelantan bersama isteri dan dua anaknya berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000.

Manakala tempat ketiga dimenangi Ashley Lew dari Kuantan yang membawa pulang RM500 hasil masakan Nasi Ayam Ikan Masin Periuk Tanah Liat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2020 @ 7:10 AM