KETUA Pegawai Eksekutif StandardChartered Saadiq Malaysia, Mohd Suhaimi Abdul Hamid (kiri) bertukar dokumen perjanjian  dengan Ketua Pegawai Strategi merangkap Ketua Kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH), Hizamuddin Jamalluddin (kanan).
KETUA Pegawai Eksekutif StandardChartered Saadiq Malaysia, Mohd Suhaimi Abdul Hamid (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Ketua Pegawai Strategi merangkap Ketua Kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH), Hizamuddin Jamalluddin (kanan).
hmdigital

STANDARD Chartered Saadiq Bhd, anak syarikat Standard Chartered Bank Malaysia Bhd memeterai perjanjian pelbagai jangka panjang dengan Lembaga Tabung Haji (TH) membabitkan hartanah di luar negara dan perniagaan pelancongan.

Bank itu berkata, ia melanjutkan kemudahan pembiayaan patuh syariah selama dua tahun berjumlah 65 juta pound British kepada dua anak syarikat milik penuh TH untuk pengubahsuaian dan pembiayaan semula hartanah pejabat di United Kingdom.

“Sebahagian daripada dana dikeluarkan kepada LTH Property Holdings Ltd untuk membiayai sebahagian daripada pengubahsuaian hartanah pejabatnya di London manakala bakinya digunakan untuk pembiayaan semula pembiayaan hartanah pejabat kedua milik LTH Property Holdings 2 Ltd di Surrey.

“Menurut terma pembiayaan itu, TH mempunyai kelonggaran untuk menukar cagaran pembiayaannya daripada tunai kepada sukuk, kebenaran untuk mengoptimumkan sepenuhnya pelaburan sukuk sedia ada manakala Shandard Chartered Saadiq diberi pilihan untuk melanjutkan kemudahan itu untuk tempoh setahun lagi,” kata bank itu dalam satu kenyataan, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Disember 2019 @ 9:17 AM